Friday, August 19, 2011

::Penghujung Segalanya::

Bismillahirahmanirahim...
Arinie 20/08/2011 jam 9:25am...
sy bagaikan hilang hala tuju, bagai ini la kali t'akhir sy menjejak kaki di Shah Alam. kota y m'punyai seribu satu kenangan y mana xmgkin sy akan lupakan utk slamanye... Kota y mana m'gajar sy erti penat lelah dlm hidup, erti sebuah perjalanan y panjang telah b'jaya sy lalui sebagai seorang mahasiswa berkat doa n restu ayah bonda, guru2 n kwn2 skalian.. InsyaAllah, andai masih ade kesempatan ingin lg rsnye m'jejak kaki ke sini..mengenang kembali segala kenangan y pernah sy lalui.. bagaiakn waktu y sy hbiskn utk bljr slama 5 thun di UiTM begitu pastas b'lalu..Kenangan b'sama kwn2 semua, teman istimewa suatu ketika dulu hilang begitu sje.. betul la kata pepatah, ms y dtg silih b'ganti n pengalaman la y m'gajar erti kedewasaan n kematangan..n kini sy akn cuba utk jd matang dan lebih matang utk masa depan sy n keluarga...InsyaAllah...sy akan lakukan y t'baik utk semua..sy b'janji..;)

Program hp testing akhir nye telah m'nutup tirainya 18/08/2011..program nie la y paling lama sy pernah hdiri. dlm 2bulan jgk ari2 m'gadap muka kwn2 y sama n trainer je y b'tukar ganti setiap mgu.. bila da hari2 tgk muka kwn tibe2 arinie semuanya akn b'pisah n kemungkinan besar kite semua xakn b'jumpa lg..hati nie merasa t'sgt la sayu..kwn2 y selalu b'gaduh, kdg2 salah faham n kdg2 ok, kdg2 naik geram....semua itu kenagan y cukup manis dlm kehidupan sy n sy pasti xakan pernah cuba utk m'lupakannya skali pum..sy amat menghargai semua kenangan dgn kwn2 semua..serius sgt syg kt korang2 semua..harap sgt2 andai kata kita semua dpt b'temu kembali n kita jgn la putus b'hubung... tp sy xpasti kenapa dgn sy arinie..terasa sgt2 sayu n berat hati utk tinggal kn semua y ada kt sini..semua kenangan y pernah sy lalui b'sama kwn2 semua..

Ya Allah,kau permudahkan la urusan hamba mu arinie,agar aku blh m'jadi hamba mu y tabah m'hadapi dugaan ini.. Ya Allah, kau permudahkan la urusan semua kwn2 ku, semoga mereka semua berada dibawah rahmat mu, semoga semuanya b'jln dgn sebaiknya Ya Allah..Amin..InsyaAllah, andai da t'tulis ada jodoh, ajal maut semua da t'tulis, sebagai hamba kita hanya mmpu pasrah n redha..kalau da jodoh xkemana kn~

~~Setiap y b'temu pasti akan b'pisah, itu la y sedang b'laku skarang, doakan moga sy mkin tabah hadapi hari2 y mendatang k. ku akn cuba m'langkah sebaik mungkin.;)..~~


Thursday, August 4, 2011

Just follow the flow...

Jauh masih...perjalanan hidup ini..tp hakikat sebenar,dunia hanya sementara, akhrat jua y kekal abadi...
kini da masuk bulan puasa da pum..sedar x sedar da masuk 5hari da puasa..Alhamdulillah YaAllah,hamba mu ini masih dipanjang kn usia , punye daya lagi utk menjalani ibadat puasa utk kali ini..syukur sgt padaMu Ya Allah...

Lepas abis 3p ari2,sy menyambung lagi training y lain iaitu hp testing..hajatnye nk jd tester dimasa hadapan..insyaAlah..klu ade rezeki...klu itu rezeki sy kn..huhu..Enth la...xpasti tentang semua 2..rsnye hidup nie mkin sukar..byk benda2 y perlu di fikirkn sebelum buat ape2..byk hal y perlu dipertimbangkn sebelum make decision rite...hmm...makin meningkat dewasa,makin byk keputusan y perlu dibuat..makin pening rsnye hidup nie..

Jodoh??wow...no komen..haha...xde ms nk pikir psl 2..hahahaha...hidup nie amt indh dgn kwn2 y best2..huhu...sy terbaca tentang cerita  Kisah Cinta Nabi Yusuf as & Zulaikha...

~~~
Hari ni saya ingin kongsikan bersama anda, kisah cinta Siti Zulaika dan Nabi Yusof Alaihissalam, yang dipetik dari buku Kisah Cinta Dalam Al-Quran, karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru saya habiskan sebentar tadi…hehe.. sama-sama kita renungkan…. 

Zulaika adalah isteri kepada perdana menteri Mesir yang cantik menawan ,usianya terlalu muda untuk berdamping dengan seorang perdana menteri , manakala Nabi Yusuf Alaihissalam merupakan pemuda mulia dari garis keturunan yang sangat mulia ,memiliki wajah yang tampan, berkeperibadian yang suci dan jernih, menyebabkan 0rang tuanya sangat mengasihaninya,hinggakan saudaranya iri hati dan akhirnya melahirkan tipu daya utuk memisahkan Yusuf dengan orang tuanya dan melemparkan Yusuf ke dalam sumur tua, di tengah padang pasir.Kemudian mereka memberitahu ayahandanya bahawa Yusuf telah dimakan serigala. Yusuf akhirnya ditemukan para musafir, lalu dibawa ke negeri Mesir untuk dijual sebagai hamba.

Yusuf telah dibeli oleh perdana menteri Mesir , dan dipelihara di sebalik tembok istana sehinggalah dewasa, serta dianggap sebagai anak kandung , bahkan suami isteri tersebut (perdana menteri dan Zulaika) telah memaklumkan keluarganya bahawa kelak Yusuf bakal mewarisi kekuasaan mereka.Apabila telah meningkat dewasa, Yusuf membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian yang sangat menawan membuatkan mereka yang melihat terutamanya kaum Hawa tergila-gilakannya. Namun,ALLAH Azza Wajalla memeliharanya dengan menghiasinya dengan perilaku terpuji, jiwa yang kukuh serta kepintaran dalam membaca hakikat kehidupan , baik yang berdimensi ghaib mahupun sesuatu yang akan terjadi pada masa yang akan datang.

Pada era keemasan masa mudanya, iaitu ketika dia berusia 25-30 tahun, ALLAH S.W.T telah mengurniakannya ketajaman mata hati dan fikiran serta hikmah bagi memberi penyelesaian atas segenap permasalahan yang menghimpit zamannya.Benarlah berdasarkan kalam ALLAH dalam surah Yusuf ayat 20-22:

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. 
[21]
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 
[22]
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

Oleh kerana Zulaika ketika itu masih muda dan cantik menawan,Zulaika tidak berkuasa mengawal hawa nafsunya terhadap Yusuf kerana pandangannya terhadap Yusuf tidak sama dengan pandangannya terhadap suaminya.Perdana menteri pula berharap kelak Yusuf Alaihissalam boleh menjadi pembantu kerjayanya dalam menguruskan negerinya, atau dijadikan anak angkat kerana isterinya tidak dikurniakan keturunan (anak). Zulaika teringin menjadikan Yusuf kekasih hatinya disebabkan sangat terpesona dengan ketampanan dan kegagahan Yusuf .Zulaika sangat yakin bahawa dirinya akan mampu menakluki Yusuf dan melaksanakan perintahnya, akan tetapi tekaan itu salah kerana Yusuf Alaihissalam sama sekali tidak memberi tindak balas dan tidak sesekali terpengaruh dengan pujuk rayu dan tipu dayanya

Pada suatu hari Zulaika telah memnaggil Yusuf ke kamarnya, tatkala Yusuf a.s berada di kamarnya, Zulaika tutup rapat-rapat pint kamar itu serta menguncinya untuk mengajak Yusuf bercinta dengannya.Sungguh dalam situasi seperti itu merupakan saat yang paling sulit dalam kehidupan Yusuf a.s , namun kejernihan hati dan akalnya mampu membimbing hatinya ke cahaya iman, membuatkan Yusuf menolak ajakan Zulaika.Yusuf kemudian berdoa : Aku berlindung kepada ALLAH , Dia adalah tuhan dan penciptaku, yang telah memuliakan diriku dan memberikanku kedudukan yang mulia di antara para manusia, Wahai tuhanku tolonglah diriku dan peliharalah diriku daripada nafsu perempuan ini , jadikanlah diriku tetap kuat menjaga amanatMU, jagalah diriku dari perbuatan dosa dan perilaku pengkhianatan , lalu ALLAH s.w.t mengabulkan doa Yusuf.

Melihat cinta buta Zulaika,Yusuf berusaha menyelamatkan dirinya dengan berusaha berlari menuju pintu untuk menhindarinya.Akan tetapi Zulaika mengejar Yusuf untuk menariknya hinggakan baju bahagian belakang Yusuf terkoyak.Tiba-tiba dengan takdir ALLAH , suami Zulaika berada di depan pintu kamar.Yusuf a.s pun terkejut dan dihinggapi rasa takut dituduh berkhalwat.Demikian dasyatnya tipudaya Zulaika memutar balikkan fakta lalu memfitnah Yusuf menggoda dirinya.Kemudian datanglah kerabat perdana menteri melontarkan pendapat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, beliau berkata: Jika baju gamis Yusuf koyak di bahagian depan, kata-kata Zulaika ada benarnya dan Yusuf adalah berbohong, Sebaliknya jika baju gamisnya koyak di bahagian belakang , itu adalah bukti bahawa Yusuf telah berusaha menghindari diri dari Zulaika .

Perdana menteri meneliti koyakan baju Yusuf a.s lalu mengerti siapa yang sebenarnya bersalah, akan tetapi dia cuba menutupi aib yang telah dilakukan isterinya .Namun khabar itu akhirnya tersebar , lantas Zulaika dianggap sebagai wanita ‘jalang’ kerana berusaha menundukkan Yusuf, anak angkatnya sendiri.Mendegar penistaan terhadap dirinya, Zulaika cuba untuk membersihkan maruahnya dengan mengatur strategi untuk member pengajaran kepada mereka yang telah mengumpatnya, lalu mengundang para perempuan untuk menghadiri jamuan makan dirumahnya , serta masing-masing diberikan pisau untuk mengupas buah .K etika mereka mulai mengupas buah, Zulaika lantas memanggil Yusuf menampakkan diri di tengah-tengah mereka.para hadirin yang melihat berasa takjub akan ketampanan Yusuf tanpa sedar bahawa pisau mereka telah melukakan tangan mereka sendiri. Mereka mengira Yusuf adalah malaikat ,
berdasarkan kalam ALLAH dalam surah Yusuf ayat 31:

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"....

Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Yusuf ke dalam penjara , untuk menutup aib . Oleh yang demikian, penduduk Mesir beranggapan Yusuflah yang bersalah padahal masuk penjara tersebut adalah pilihan Yusuf sendiri .Demikian selama betahun lamanya. Pada suatu hari Raja Mesir bermimpi , dan tiada satupun ahli tafsir mimpi yang dapat menafsir , lalu Yusuf ditakdirkan mampu menjelaskan maksud mimpi itu dengan bijak.

Keterangan tersebut membuat raja Mesir Masgbul, namun Yusuf a.s menolak untuk keluar dari penjara selagi dia belum bebas dari fitanah yang melanda dirinya.Raja Mesir memenuhi permintaannya lalu mengumpulkan semua wanita untuk menceritakan perihal memotong jari mereka. Zulaika juga turut mengaku dengan penuh kejujuran bahawa dialah yang menggoda Yusuf.Benarlah berdasarkan firman ALLAH dalam surah Yusuf ayat 50-53:

[50]
Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka". 
[51]
Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" Mereka menjawab: JauhNya Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar. 
[52
"(Pengakuanku) yang demikian supaya ia mengetahui, bahawa aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.

Kemudian, setelah terbukti Yusuf a.s tidak bersalah,Raja Mesir telah memberikannya kedudukan yang mulia dan peranan yang besar dalam kekuasaan .

Seiring dengan perubahan zaman, Zuliaka pun semakin lanjut usianya. Zulaika kini menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannya tidak tajam.Meskipun demikian gelora cintanya kepada Yusuf a.s tidak pernah padam.Pada awalnya Zulaika merupakan penyembah berhala , kemudian hatinya telah berpindah kepada ALLAH azza wajalla .

Zulaika berdoa: “Wahai ALLAHku, kini tiada lagi harta , kedudukan dan kecantikkan yang kumiliki.Diriku hidup sebatang kara , tua, hina dina dan papa kedana.Engkau uji diriku dengan cintaku kepada Yusuf a.s. Wahai ALLAHku, aku sungguh sangat terseksa di daerah kerinduan tiada bertepi , aku tak kuasa menahan cintaku terhadap Yusuf a.s. Maka sambungkan cintaku kepada cinta Yusuf a.s .Jika Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku dengan cinta Yusuf . Maka ambilkan cintaku di hati Yusuf a.s , agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada ENGKAU semata.”

Para malaikat menyemak lantunan munajat Zulaika , lalu memohon kepada ALLAH S.W.T : Wahai tuhan kami, sesungguhnya Zulaika menghadap dirimu dengan ketundukan yang tulus .Dia berdoa kepadamu dengan kejujuran imannya .Maka kabulkan d0anya wahai tuhan kami.ALLAH berkata kepada para malaikatNYA : wahai para malaikat telah tiba waktu menolong Zulaika”

Suatu hari, Yusuf melintas di tempat Zulaika tinggal.Tiba –tiba Zulaika terlihat Yusuf.Apabila Yusuf semakin dekat dengannya, Zulaika berkata . ‘ Wahai suci ALLAH , Tuhan yang telah merubah nasib se0rang abdi dengan kasih sayangnya menjadi penguasa negeri.mendengar suara tersebut, Yusuf berhenti melangkah dan menoleh seraya berkata: “siapakah dirimu?”.Aku adalah wanita yang mengemis cintamu dengan menghiasi diriku semenawan yang mungkin dihadapanmu, namum kecantikanku tidak lansung sama sekali membuatkanmu tergoda dan berpaling kepadaku.

Aku adalah wanita yang perutku tidak terkenyangkan dengan makanan sejak pertama kali jatuh cinta kepada dirimu .Aku adalah wanita yang tidak tidur malam sejak pertama kali bertaut pandang denganmu.
Yusuf a.s berkata: Engkau pasti Zulaika , benarkah dugaanku? Dimanakan kekayaanmu? , Kecantikanmu?.Zulaika menjawab” semuanya terkubur oleh cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s

Berkata Yusuf lagi, Bagaimana keaadaan cintamu?.Zulaika berkata: rasa cintaku tetap seperti dulu bahkan semakin mendalam: Bertanya Yusuf Apa yang engkau inginkan saat ini wahai Zulaika? Dia menjawab: kecantikan, harta dan jalinan pernikahan. Yusuf sangat terkejut lalu bergegas meninggalkan Zulaika.

ALLAH S.W.T kemudian menurunkan malaikat Jibril denagn membawa wahyu daripadaNYA: Wahai Yusuf , kau melontarkan pertanyaan kepada Zulaika apa yang engkau inginkan pada saat ini, akan tetapi kau tidak menjawabnya.Kau menajukan pertanyaan kepadanya , Namun setelah dia menjawab kau tidak memperhatikannya. Ketahuilah Yusuf bahawa ALLAH akan menikahkanmu dengan Zulaika.ALLAH sendiri yang telah melamarnya untuk dirimu. Para malaikat menjadi saksi pertunanganmu, para dayang dan bujang syurga menjadi pengembira pernikahanmu.Yusuf a.s berkata : Bukankah Zulaika ketika ini tidak cantik lagi? Dia tidak berharta dan tidak muda lagi? Jibril berkata kepada Yusuf a.s sesungguhnya ALLAH berkata kepadamu,Zulaika memang tidak lagi muda dan berharta, akan tetapi ALLAH memiliki kekuatan dan keperkasaan , Kehendak serta kudrat.Dan jika ALLAH mengkehendaki sesuatu jadi, maka jadilah sesuatu itu!

ALLAH s.w.t menganugerahkan kepada Zulaika kecantikan dan kejelitaan seperti gadis berusia 17 tahun . Selepas pernikahan Yusuf dan Zulaika ,Yusuf a.s tidak dapat menahan diri menatap wajah isterinya, sehinggakan benar-benar merayu cinta isterinya.Pernah suatu ketika Zulaika ingin melanjutkan solatnya, namun Yusuf mahukannya, lalu Yusuf a.s mengejarnya sehingga tercarik bajunya.Melihat kejadian itu, Jibril turun dari langit mendatangi Yusuf a.s. Dia berkata kepada Yusuf a.s ; Wahai Yusuf baju dengan baju. Kepedihan Zulaika terbalas dengan kepedihanmu! Maha suci ALLAH. Tuhan pengubah situasi!..Zulaika telah disinari cahaya iman dan Islam, cintanya kini kepada ALLAH s.w.t …

~~Sekian buat ms nie...bubyee...
peace no war k..;))

Saturday, June 4, 2011

::Wow...try 2 be star...::

Bismillahirahmanirahim.....salam pembuka bicara..sepi menyepi da rs blog nie..jari2 nie da xsbr nk mengedik2 kt keyboard nie...huhu..;)

rindu giler rsnye kt umh nie...sbb bz y t'ramat sgt,sy hampir 6bulan xbalik umh..ape nk jd la...tiap kali call mak ayh kt umh cnfm diorg tye bila nk balik...sedih sgt...bukan sy xmo balik tp keadaan xmengizin kn..sgt sakit ati nie bila soalan itu di tujukan...hmmm..nk balik kg jok..sedih..

Sekarang nie sibuk sikit dgn 3Pprogram..1bulan,abis nie terus nk balik umh..pas2 br nk pkr nk cri kije...blh ke buat gtu?haha..biar la dlu..jd p'ganggur sepenuh masa la plop lepas nie..hahha..

oh ye FYP sy da finish...siap...semua da abisss....xpyh pkr lg...hahaha..lepas antr full report hardcover 25/05/11...semuanye da tamat....sekarang nie tgu result y bakal kuar 17hb jun nti...hmm..usyarr2 result fyp dgn sv,so result not bad la kn..huhu..tp semua 2 xpasti lg,selagi xde hitam putih nye..huhu...

wah...ini lah hasilnye..berkat kesabaran n kesungguhan..akhirnye sy b'jaya siapkn nye...Syukur Alhamdulillah...Mak Ayah y byk bg sokongan n semangat.sy sgt menghargai mereka sgt..kwn2 semua..oh ye xlupa juga kepada Supervisor sy t'lalu byk sgt menolong..tanpa bantuan n sokongan dr puan,sy xkn mampu utk siapkn semua nie...thanks you sgt to mu lovely sv..thankss Dr.Sharipah...Syukur sgt...;)



:: Valuable::


:: Full report Hard Cover ::


Last Wednesday y lalu...group cs226b buat event at KFC sek2..sonok sgt. nie reunion kiteorg before kiteorg b'pisah..hmm..sedih sgt, da 2thun kami semua b'sama n kami bakal b'pisah n ikut haluan hidup masing2...soo sad..sy xleh nk bayangkn mcm mane pada saat sy k'hilangan kwn2 y selalu b'sama sy, dlm susah mahupum ketika senang...love u olls..."Setiap pertemuan ada perpisahan rite.." andai masih ade umur panjang rezeki di masa hadapan InsyaAllah kite semua akn b'jumpe lg...Amin...



::.....Birthdy Cake Special ke???......::


::..Hadiah Birthdy 23..;)::


:: Together We Stand, Together We Success::





Wednesday, May 18, 2011

3P~Program Pengtauliahan Pelajar...~

Bismilahirahmanirahim......
3p...bermulanya peringkat baru dlm hidup sy...setelah selesai exm,quiz2, lecture n soon...akhirnya tamat la pengajian selama 2thun di s.alam..InsyaAllah..klu di permudahkan segala urusan..YaAllah sguh hamba mu b'syukur ats segala nikmat y engkau berikan..Ya Allah Ya tuhan ku...moga2 semuanya b'lalu dgn sebaik2nya dgn k'tentuan dari Yang Esa...

Fyp.....
Telah ku tempuhi segalanya..Alhamdulillah...semuanya b'jln dgn lancar...Ya Allah..berkat doa semua org..doa mak ayah..abang,kak...sgt bersyukur pdNya...tp dalam sy b'suka,ade kwn2 y t'sadur...aduh..t'kilan pum ade..kwn2 y b'sama2 mengejar cita2,same2 bertungkus lumus buat assgment,take quiz, test...syg nye..tp ape blh buat kn, penangan "ISE" punye psl...hmm...that is life rite...;)..sabar kwnku..InsyaAllah ade hikmat disebalik sema nie...

sekarang,sy xtau kenapa sy asyik t'senyum sorang2..sengih sorang2...kdg2 2 ckp sorang2...hurm..pelik nie..ape y sedang b'laku pum sy xtau..tp y sy thu,sy xmenentu bila.........hihi..keep secret..haha..
da la..mkin mengarut plak da nie..going sleep 2morrow have class...nyte..keep smiling..;)





wah...tgi betul..;)



:: FSKM ::

Friday, April 8, 2011

Hanya 20hari....!

Bismilahirahmanirahim......
hidup msih b'jln n terus b'jln...kdg2 t'lupe y hidup nie 1 pertarungan y mana kite xtau sama ada kite mampu atau tidak untk lakukn nye..knape nie smua b'laku...??tnpa kite sedari t'lalu byk benda y da pergi m'ninggalkn kite..tinggal n xkn pernh utk kembali lg...t'lalu perit rasa itu...namun kini br ku sedari tp semuanye da t'lmbt. xde ape y boleh kite lakukan buat msa nie..let go...cume teruskn kehidupan nie dgn ms y tinggal....life is short rite..hidup kt dunia hanya sekejap saja..di akhirat jua y abadi..

for this time,i really2 miss my mom...sy btul2 perlukn mak skrg..rasa down sgt..need my dad. 2 support me to say "anak ayah kn kuat"...ayat 2 m'buatkn sy sgt2 t'sentuh..pdahal pd ms 2 sy lgsg xrs y sy ade k'kuatn utk lakukn semua 2..love them so much...Ya Allah kau kuatkn la semangat ak utk jlni k'hidupan harian ku ini tanpa mereka disisi..hanya pd mu ku b'harap Ya rabanal Alami...Amin..



Doa kt atas nie,sy dpt drpd seorang kwn y sgt istimewa pd sy..he is a good guy...hihi..so nice.thanks 4 him.sgt2 bgus...hiii.;)..

meh kite same2 baca n amal kn ye..

"Selamat Maju Jaya Semua"

Sunday, January 23, 2011

start the new now..!!!

Sekian lame menyepi kini kembali...hidup mesti diteruskn walaupum byk benda y berlaku kt ats kte kn,...klu xde cabaran semua nie,ianya bukan kehidupan bukan..hurm..me,biase aje,.masih lg buntu n sentiasa confius,.xpasti arah tuju....t'lalu byk benda y harus dilakukan tp xsatu pum y sy siap lakukan..apa y akn terjadi pum sy xpsti..nie la pertama kali dlm hidup sy merasakn begitu kecewa n confius sgt22...pening..tlg la...ayok...huu..

hari2 sebagai final year student nie sgt la menyakitkn..t'lalu sukar rasanye...sgt2 xfhm n sgt2 menyerabutkan kepala..tambahan lg final student ISE!!!..npe la hidup sy nie sgt la sukar..sgt la pyh n semua benda menjadi rumit..sgt rumit...atau sy nie y t'lalu mudah putus asa??
klu benar,btul la kata2 seorg kwn sy y ckp sy nie t'lalu mudah putus asa n kecewa sendiri tnpa mencuba...so xsalah rasa nye klu i cuba dlu kn..dapat gak pengalaman n ilmu..em..

3minggu sem bru dgn xbuat ape..puas ati ke main2??hurm,..teruk tul...sgt teruk rsnye...jd sy kena mulakn skrg..start now!!!

gmbr2 sepanjang bercuti selama 3minggu..hahaa



.......Masjid Jamek......


....shopping Time.....


...Pizza free...=)




Bukit Cerakah Again....






end....hihi

Saturday, November 20, 2010

Raya Korban n berkorban...=)

rayer.......rayer....n rayer again..huhu..
best kn raye..em..saya mcm biasa la raya kt kg..semua balik kg,tp my bro sorng xbalik y duk kt bangi..dgr2 cite wife dia y xdpt cuti..kesian..huhuhu..xckup gak kami beraya 10 beradik kt umh..em..raya sy pakai bju lame je,br br xsempat nk ambk pum...mak br antr kt umh tukang jahit aka bakal sy..hahaha..mgada kn..=).

oh ye,raya thun nie 17hb nov bersamaan dgn birthdy adik sy y ke 19..so kami pakat 1 family wak makn..buat sate daging n ayam bakar..best sgt..huh..br je nk bukak tirai m'bakar,ank sedara ayah datang umh nk raye..alamak...mkn ciput je buat..kek pum kecik je..adoi...kami da sama2 tgk da..pas2 msg2 wak muka..hahaha..biar je la,mkn je ape y ada..mak da bebel da..ahhaa..sy pum bebel gak,tp xpe la diorg dtg nk raya kan,biasa la 2..hahah..mkn2 nsb baik cukup..tp abs licin la..nk mkn midnight 2 xleh da la..ahaha(hobi sy mkn tgh mlm..

fyp project da nmpk idea sikit..tp xtau cmne nk mula kn...adoi..nie tension gak nie..
Sv xsent2 pum lg last assignment aritu..em..
best kn study ISE nie kn..hahaha..padan muka,sape suh ambk sgt..hahaha..pilihan sy sendiri kn..huhu..kesian...m'hitung hari nk convo nie..adoi..hahaa..perasan sgt da sy nie...huuhu..

my beloved frieds say 2 me   "keep smile to hide ur sad.. " thanks..i'm trying..smile n smile....=).